SeRIBu SaTU MaLAm






P:E:N:G:U:L:A:S


KEcuPU
Lelaki
Buah Kecupu: manis, masam
dan kelat melekat lama di titik rasa

SiD
Lelaki
Belum kahwin
Semenanjung

DiAN
Emak - suri di rumah
Semenanjung Malaysia

LUPiNE
Bukan lelaki - marhaen
Ibu & isteri
Malaysia - ungu biru

SERoJA
Perempuan
Tujuh warna pelangi

SNoW wHite
Ibu & isteri
Kuala Lumpur


   

<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31






Buku-buku
yang diulas


  • Mencari Kekasih - Zaharah Muhammad
  • Abadilah Cinta - Andrei Aksana
  • Buat Yang Terakhir - Sabariah Araur
  • Inilah Cinta - CT Rohani Abu
  • Donia - Lamia Aimal
  • Persinggahan - Norhisham Mustaffa
  • Antara Dua Hati - Fatinilam Sari
  • Bumi Manusia - Pramoedya Ananta Toer
  • Getaran Rindu - Norzailina Nordin
  • Ego - Abd Rahim Awang
  • Bidadari Bowanavista - Farahnina Zulfar
  • Kasih Antara Kita - Aleeya Aneesa
  • Leraian Novella - Norhisham Mustaffa
  • Hauri Hatiku - Faeshumi
  • Kemarau Di Hati - Nazifah Halmi
  • Maafkanku Sayang - Mimie Afinie
  • Menyemai Cinta - Iffa Irdina
  • Kasih Bersemi - Rozita Abd. Wahab
  • Hati Yang Terusik - Nia Azalea
  • Ayahanda - Azizi Hj Abdullah
  • Pergilah Lara - Nor Erny Othman
  • Biarkan Bunga itu Layu - Yusrul Emiza Yusof
  • Kompilasi Kasih Orang Terbuang - Norhisham Mustaffa
  • Bara - Abd. Rahim Awang
  • Biarkan Aku Sendiri - Siti Rozilah
  • Hanya Kau Segalanya - Jessy Mojuru
  • Hartini - Aziz Afkar
  • Sutera Dalam Lukisan - Abd. Talib Hassan
  • Rinduku di Angin Lalu - Norisah Abu Bakar
  • Belaian Jiwa - Nor Erny Othman
  • Gelora di Tasik Biru - Diya Elora
  • Rindu di Kalbu - Durrah Fatiha
  • 1515 - Faisal Tehrani
  • Tiga Wajah - Lamia Aimal
  • Kau Tetap di Hatiku - Jamilah Ahmad
  • Merentas Kabus - Hartini Hamzah
  • Realiti - Abd. Rahim Awang





  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Jan 7, 2007
    Ulasan Buku - Kasih Seharum Lavender

     

    Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu,

    dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar...

     

     

     

    Pengarang : Eita Ashyta

    Jumlah Halaman : 621

    Harga : RM19.00

    Penerbit : KAKI NOVEL ENTERPRISE

     

     

    Saya tertarik untuk mengulas novel ini  apabila terpengaruh dengan beberapa blogger yang membuat promosi di blog masing-masing. Saya beranggapan tentu ia cerita menarik dan apa salahnya jika saya sendiri cuba mendapatkan novel ini dan menilainya daripada sudut pandangan dan citarasa saya pula ;)

     

    Saya mula membacanya dengan lenggok  bahasa yang segar saya kira tiada perkataan jemu yang mengganggu emosi pembacaan saya.

     

    Eita Ashyta memulakan cerita ini dengan memperkenalkan Nur Irdina Farhani sebagai watak utama. Penuntut jurusan senibina di UK. Irdina @ Hani anak yatim yang mempunyai keluarga yang bahagia. Memiliki ummi yang baik dan abang yang prihatin yang selalu mengusiknya.

     

    Mungkin permulaan ceritanya agak perlahan sedikit namun pembacaan saya diisi dengan mengenali watak-watak yang melingkari kehidupan Hani di bumi Peter Pan itu. Mengenali 'Miss Snooty' yang bermusuhan dengannya namun akhirnya mereka bersahabat baik dan langsung dianggap saudara. Saya mula menyukai Lyn ( Miss Snooty ) Walau ada ketikanya gadis itu terlalu dimenangi kehendaknya. Saya dihidangkan dengan persekitaran bumi eropah itu yang indah  ( mungkin penulisnya pernah tinggal di sana ?? mungkin )

     

    Sekembalinya ke tanahair Hani bertugas di Menhir Architect. Berkerjasama dengan anak pemilik syarikat yang ego dan 'kepala angin' itu  sedikit sebanyak menyulitkan kerja Hani. Dia sedaya upaya melakukan yang terbaik namun usahanya itu sentiasa dipandang serong oleh Ezany. Ada sahaja perkara yang tidak kena dimata lelaki itu.

    Hani yang menawan adakalanya terusik dengan guruan Ezany namun bila cuba ditilik hatinya..sendiri, rupa-rupanya perasaan halus dan indah itu hanya berbisik rindu pada seseorang. Perasaan indah itu cukup bergetar pabila terpandang sang arjunanya . Teruna yang dituduh mencemar maruahnya di  shooping complex . Rupa-rupanya masih ada pertemua selepas insiden lucu itu. Dan kini jejaka itulah yang selalu membuat perasaannya berkocak. . Namun Hani masih keliru adakah Hadif juga mempunyai perasaan sepertinya. Dia enggan jika hanya dia yang memburu rasa sedangkan Hadif masih dipanah bisa cinta Hayana Balkis. Dia ingin menunaikan hasrat keluarga namun awan kebimbangan sentiasa memayungi perasaannya.

     

    Eita Ashyta mencipta kemelut apabila Hani menyedari Lyn juga menyimpan rasa terhadap Hadif. Langsung tidak diduganya jejaka yang selalu disebut-sebut itu adalah bakal tunangannya. Hani keliru dengan perasaan cintanya, keliru andai Hadif tidak bisa mencintainya dan keliru kerana Lyn sahabat yang dianggap saudaranya itu tidak mengetahui pertalian yang bakal wujud di antara dia dan Hadif.

     

    Saya turut bimbang mengenangkan Hani. Saya bimbang jika membaca kisah ini akan sama seperti membaca kisah-kisah lain atau menonton cerita melayu di televisyen. Saya sudah jemu pabila seseorang watak itu asyik berkorban untuk orang lain tanpa memberi ruang untuk dirinya sendiri. Padahal dia juga layak untuk menerima rasa bahagia.  

     

    Syukran! Eita memberi kelainan. Dia bijak berfikir dan bijak mencetus idea lain. Dia menghidupkan watak Hani dengan baik sekali.

     

    Hani cuba memberi ruang untuk hatinya walau ada sedikit rasa ragu-ragu adakah tindakan yang dibuatnya itu betul. Begitulah sepatutnya. Menghargai orang yang mencintai kita. Memberi masa untuk sebuah perhubungan seperti hubungannya dengan Lyn..dengan memberi sedikit ruang, Lyn kembali mencantum kembali hubungan persahabatan/persaudaraan mereka setelah disedarinya dia hanya melakar perasaan indah  itu sendirian.

     

    Saya dapat mengagak andai Ezany juga mempunyai perasaan terhadap Hani. Telahan pembaca juga, saya andaikan ramai yang dapat menebak perasaan jejaka kacukan itu. Namun dia terlewat mengambil langkah atau dengan lebih tepat namanya tiada di Luh Mahfuz  bersama Hani kerana gadis itu tidak pernah bertunas perasaannya terhadap Ezany yang dianggap sebagai teman baiknya itu.

     

    Oh, saya sungguh berpuas hati dengan Kasih Seharum Lavender. Tenang dan damai seperti harumnya bunga itu. Manis warnanya seperti manisnya Eita menggunakan ayat-ayat yang comel  dan bersahaja.

     

    Saya asyik teringat usikan Adelia mengenai "  Pak Ngah.. Mak Ngah..Abang ..Hani…Adeh la.."  ( m.s 411) dan dia pula sudah pura-pura pengsan tergolek di atas parguet. Lucunya dia.

     

    Untuk penulis amatur sepertinya saya berani mengatakan Kasih Seharum Lavender sungguh menawan.

     

    Thumbs up Eita.

     

     

     

    @ Dian @

     


    Posted at 08:44 pm by zinrosdi

    romatis_utara
    September 30, 2007   03:21 AM PDT
     
    nak cuba memahami..tapi terganggu oleh masa, cuba untk memahami lagi.. ada yang mengganggu tp ungu kulit itu mengetuk minda agar di baca...akan di cuba utk cr sesaat yang sesuai utk menerima dan menilai kefahaman sebuah kasih..keep up the good work-eita
    eita
    January 9, 2007   06:49 AM PST
     
    dian, hati saya terusik baca review KSL di sini... cara awak mengulas sungguh manis... :)

    saya masih lagi baru dalam bidang penulisan, masih terlalu banyak yang saya perlu belajar. terima kasih kerana memberi peluang pada novel pertama saya... dan terima kasih atas ulasan awak. saya amat menghargainya...
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry