SeRIBu SaTU MaLAm






P:E:N:G:U:L:A:S


KEcuPU
Lelaki
Buah Kecupu: manis, masam
dan kelat melekat lama di titik rasa

SiD
Lelaki
Belum kahwin
Semenanjung

DiAN
Emak - suri di rumah
Semenanjung Malaysia

LUPiNE
Bukan lelaki - marhaen
Ibu & isteri
Malaysia - ungu biru

SERoJA
Perempuan
Tujuh warna pelangi

SNoW wHite
Ibu & isteri
Kuala Lumpur


   

<< July 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31






Buku-buku
yang diulas


  • Mencari Kekasih - Zaharah Muhammad
  • Abadilah Cinta - Andrei Aksana
  • Buat Yang Terakhir - Sabariah Araur
  • Inilah Cinta - CT Rohani Abu
  • Donia - Lamia Aimal
  • Persinggahan - Norhisham Mustaffa
  • Antara Dua Hati - Fatinilam Sari
  • Bumi Manusia - Pramoedya Ananta Toer
  • Getaran Rindu - Norzailina Nordin
  • Ego - Abd Rahim Awang
  • Bidadari Bowanavista - Farahnina Zulfar
  • Kasih Antara Kita - Aleeya Aneesa
  • Leraian Novella - Norhisham Mustaffa
  • Hauri Hatiku - Faeshumi
  • Kemarau Di Hati - Nazifah Halmi
  • Maafkanku Sayang - Mimie Afinie
  • Menyemai Cinta - Iffa Irdina
  • Kasih Bersemi - Rozita Abd. Wahab
  • Hati Yang Terusik - Nia Azalea
  • Ayahanda - Azizi Hj Abdullah
  • Pergilah Lara - Nor Erny Othman
  • Biarkan Bunga itu Layu - Yusrul Emiza Yusof
  • Kompilasi Kasih Orang Terbuang - Norhisham Mustaffa
  • Bara - Abd. Rahim Awang
  • Biarkan Aku Sendiri - Siti Rozilah
  • Hanya Kau Segalanya - Jessy Mojuru
  • Hartini - Aziz Afkar
  • Sutera Dalam Lukisan - Abd. Talib Hassan
  • Rinduku di Angin Lalu - Norisah Abu Bakar
  • Belaian Jiwa - Nor Erny Othman
  • Gelora di Tasik Biru - Diya Elora
  • Rindu di Kalbu - Durrah Fatiha
  • 1515 - Faisal Tehrani
  • Tiga Wajah - Lamia Aimal
  • Kau Tetap di Hatiku - Jamilah Ahmad
  • Merentas Kabus - Hartini Hamzah
  • Realiti - Abd. Rahim Awang





  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Jul 23, 2007
    Ulasan Buku Sangeetha

               Tajuk              :  Sangeetha

              Pengarang     :  Azizi Haji Abdullah

              Halaman        :  560 muka surat

              Penerbit         :  Dewan Bahasa dan Pustaka

              Tahun             :  2006

                              Maafkan saya terpaksa menulis begini, beliau penulis besar, tapi saya harus berlaku jujur kepada diri sendiri.  Inilah kelebihan pengulas tiada nama atau yang bersembunyi di sebalik pseudonim kerana dia boleh mengatakan apa saja tanpa merasa apa-apa. Saya seperti angin dapat dirasa tidak dapat dilihat dan saya tidak dapat dikurung atau disekat. Berbalik kepada Sangeetha, saya merasa seperti terdera untuk menghabiskannya. Untuk mereka yang berfikiran seperti saya pastikan anda dikurung dalam bilik bersama buku ini sebelum membacanya. Jangan salah faham, bukan maksud saya novel ini tidak bagus. Hanya novel ini tidak memikat saya. Ah! Barangkali saya juga peminat novel popular atau cerita dewa dewi.

              Saya membeli novel ini kerana nama besar pengarangnya dan mengharapkan sesuatu yang setaraf dengan Orang Tua di Kaki Gunung. Mungkin juga kerana tajuknya yang ada iras-iras novel Sindharta karya terjemahan dari Jerman yang tidak jadi saya beli kerana isi kandungan yang sedikit bertentangan dengan pendirian saya.

              Novel ini berkisar kepada percintaan antara Derus 60 tahun dengan Sangeetha seorang balu berbangsa India yang berumur 70 tahun. Sesiapa yang mengharapkan hero dan heroin yang kacak dan cantik saya nasihatkan jangan membaca dari awal lagi. Anda akan kecewa. Tapi siapa yang ingin kelainan bolehlah membacanya. Derus ialah seorang pemain gambus dan Sangeetha, atau nama manjanya Geetha seorang balu kepada pemain tabla juga sudah mula belajar menepuk tabla. Ah romantisnya! Gambus dan Tabla, seperti ungkapan ikan di laut asam di darat dalam kuali bertemu jua. Gambus di petik Derus dan Tabla di tepuk Geetha dalam irama bertemu jua.  Derus sebenarnya merupakan seorang posmen pencen yang menjadi – walau tidak diakuinya – tukang kebun di rumah Sangeetha seorang balu kaya. Barangkali kerana selalu bertentang mata atau kerana masing-masing kesunyian mereka terjatuh cinta. Untuk mengetahui kesudahan cinta mereka habiskanlah novel ini sendiri.

              Bahasa yang digunakan oleh Tuan Azizi Abdullah bagus.  Bahasanya tinggi dan bila membaca kita tidak berasa bodoh atau diperbodohkan. Banyak perkataan yang memerlukan kita menyemak kamus kalau kita berhasrat ingin tahu lebih mendalam tapi kalau setakat kita ingin memahami cerita tidak perlulah berbuat begitu. Setengahnya perkataan utara setengahnya perkataan Jawa dan setengahnya perkataan burung. Ya perkataan burung. Bunyi kidung burung ditulis dalam bentuk perkataan.  Tapi bunyi burung terkukur dalam novel itu berbeza sedikit dengan bunyi burung di tempat saya. Entahlah mungkin burung juga seperti orang ada dialek masing-masing atau saya yang buta huruf untuk membaca bunyi itu.

              Plot ceritanya juga baik walau sedikit perlahan. Mungkin kerana novel ini menceritakan kisah orang tua jadi perjalanan cerita perlulah disesuaikan dengan usia mereka.  Mana mungkin heroin yang berusia 70 tahun bergerak pantas seperti Lara Croft atau Trinity dari trilogi Matrix. Saya pasti sekiranya mendiang Kurusawa – pengarah filem Jepun yang terkenal – masih hidup dan disuruh membaca novel ini dia akan berkata novel ini tidak memenuhi piawaian berceritanya. Bagi Kurusawa setiap adegan atau babak mestilah laju dan pantas.

              Tuan Azizi mengambarkan watak dan suasana dengan bagus. Saya dapat membayangkan keriput wajah Sangeetha atau ketuaan Derus. Saya nampak cara Sangeetha bangun dari bertimpuhnya dan saya nampak cara Derus bermain dengan burung terkukur itu.  Mungkin juga saya dibantu oleh pengalaman sedia ada ketika kanak-kanak melihat sepupu ayah saya bermain dengan burung terkukur juaranya.  Saya dapat memahami kemelut dalaman Derus-Sangeetha. Saya juga nampak gambaran rumah British-Malaya lama yang jadi rumah Sangeetha. Penerangannya tentang bentuk dan reka bentuk rumah ditulis dengan cara yang menarik.

              Tuan Azizi juga memperincikan penceritaannya tentang tabla, gambus dan segala yang bersangkutan. Beliau menceritakan dengan baik tentang cara tepukan tabla atau cara memetik gambus tapi kerana saya buta muzik maka saya hanya setakat baca sajalah. Nama-nama lagu yang dimainkan juga disebut berulang-ulang kali sehingga kita mudah hafal nama lagu tersebut.

              Apa pun tabik untuk Tuan Azizi atas kebolehan dan kepandaiannya bercerita dengan baik. Keseluruhannya, entahlah, saya sedang bergumbira membaca tetralogi Andrea Hirata dan selepas ini bercadang hendak membaca Laela Majnun, sebuah karya sufi karangan Nizami.

     

    KEcuPU


    Posted at 09:13 am by zinrosdi

     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home Next Entry