SeRIBu SaTU MaLAm






P:E:N:G:U:L:A:S


KEcuPU
Lelaki
Buah Kecupu: manis, masam
dan kelat melekat lama di titik rasa

SiD
Lelaki
Belum kahwin
Semenanjung

DiAN
Emak - suri di rumah
Semenanjung Malaysia

LUPiNE
Bukan lelaki - marhaen
Ibu & isteri
Malaysia - ungu biru

SERoJA
Perempuan
Tujuh warna pelangi

SNoW wHite
Ibu & isteri
Kuala Lumpur


   

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31






Buku-buku
yang diulas


  • Mencari Kekasih - Zaharah Muhammad
  • Abadilah Cinta - Andrei Aksana
  • Buat Yang Terakhir - Sabariah Araur
  • Inilah Cinta - CT Rohani Abu
  • Donia - Lamia Aimal
  • Persinggahan - Norhisham Mustaffa
  • Antara Dua Hati - Fatinilam Sari
  • Bumi Manusia - Pramoedya Ananta Toer
  • Getaran Rindu - Norzailina Nordin
  • Ego - Abd Rahim Awang
  • Bidadari Bowanavista - Farahnina Zulfar
  • Kasih Antara Kita - Aleeya Aneesa
  • Leraian Novella - Norhisham Mustaffa
  • Hauri Hatiku - Faeshumi
  • Kemarau Di Hati - Nazifah Halmi
  • Maafkanku Sayang - Mimie Afinie
  • Menyemai Cinta - Iffa Irdina
  • Kasih Bersemi - Rozita Abd. Wahab
  • Hati Yang Terusik - Nia Azalea
  • Ayahanda - Azizi Hj Abdullah
  • Pergilah Lara - Nor Erny Othman
  • Biarkan Bunga itu Layu - Yusrul Emiza Yusof
  • Kompilasi Kasih Orang Terbuang - Norhisham Mustaffa
  • Bara - Abd. Rahim Awang
  • Biarkan Aku Sendiri - Siti Rozilah
  • Hanya Kau Segalanya - Jessy Mojuru
  • Hartini - Aziz Afkar
  • Sutera Dalam Lukisan - Abd. Talib Hassan
  • Rinduku di Angin Lalu - Norisah Abu Bakar
  • Belaian Jiwa - Nor Erny Othman
  • Gelora di Tasik Biru - Diya Elora
  • Rindu di Kalbu - Durrah Fatiha
  • 1515 - Faisal Tehrani
  • Tiga Wajah - Lamia Aimal
  • Kau Tetap di Hatiku - Jamilah Ahmad
  • Merentas Kabus - Hartini Hamzah
  • Realiti - Abd. Rahim Awang





  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Jul 1, 2008
    KEcuPU mengulas Tunggu Teduh Dulu

     

    Tajuk         :  Tunggu Teduh Dulu

    Pengarang  :  Faisal Tehrani

    Halaman     :  678 ms

    Penerbit      :  Penerbitan Selain

    Tahun         :  2004 

     

    Komen pertama saya tentang novel ini ialah harganya agak mahal berbanding dengan novel lain yang setebalnya.  Mungkin kerana ia menggunakan kertas 'kuning' yang tentu saja lebih mahal harganya berbanding dengan kertas putih yang disukai oleh ramai para pembaca novel di Malaysia. Atau mungkin juga ia mahal kerana ditulis seorang penulis tergolong antara sasterawan ulung tanah air. Tapi sayanglah kerana faktor harga boleh menyebabkan ramai orang, terutama para pelajar sekolah dan golongan yang berpendapatan rendah sedikit terhalang untuk membelinya.

     

              Bagi saya, novel ini ialah cerita Ayub Anak Tulakang versi novel. Kalau dalam Ayub segalanya pisang daripada goreng pisang sampai cekodok pisang, novel ini semuanya betik. Pelbagai informasi  betik dimuatkan. Daripada jenis betik dan masalahnya hinggalah kepada segala macam kegunaan betik. Makan steak pun bersos betik. Sampai orang pun diberi perlambangan betik, sebagai contoh suami heroin dipanggil betik muda dan suami heroin kedua diberi gelar betik Yogya. Sinopsisnya ialah kisah dua orang sahabat, Salsabila Fahim dan Teh Sofia yang membuka sebuah ladang betik, Tunggu Teduh, di tanah pusaka kepunyaan Salsabila.  Ayah Salsabila dulu, setelah kematian isteri pertamanya (ibu Salsabila) telah berkahwin lagi dan mempunyai seorang anak bernama Sharulzaman. Pada mulanya hubungan Salsabila dengan ibu tirinya kurang enak tetapi akhirnya menjadi baik hingga Salsabila yang sebelumnya memanggilnya sebagai mak cik telah menyebutnya sebagai mak.

     

              Bersama berkembangnya ladang betik mereka, pembaca dihidangkan dengan kisah cinta empat lima segi Salsabila dengan sahabat karib zaman remajanya iaitu Kamil dan Lam, dan Sazli mandur ladang betik yang baru berumur 20 tahun dan lapan tahun lebih muda serta Teh Sofia yang mencintai Kamil. Teh Sofia setelah menyedari ada seperti bunga-bunga intim antara Salsabila dan Kamil merajuk membawa diri. Konflik sungguh.  Kamil dan Lam (yang memeluk agama Islam kerana bermimpi Confucius memberitahunya tentang kenabian Nabi Muhammad SAW – hehehe, fiksyen dipergunakan sepenuhnya oleh penulis ini) berebutan Salsabila sejak mereka kanak-kanak lagi. Masing-masing cuba memenangi hati Salsabila yang bertindak jinak-jinak merpati. Nak kata nak seperti tak nak, tapi nak kata tak nak macam nak. Akhirnya persaingan kedua lelaki ini membawa kepada mereka bertumbuk dalam ladang betik dengan disaksikan  para pekerja ladang. Seperti siapa menang dialah yang dapat memenangi hati Salsabila. Tentu saja ini membuat Salsabila berang.

     

              Salsabila juga pening dengan tindakan Shahrulzaman menuntut duit daripadanya, dan kerana Salsabila enggan melayan permintaan itu adik tirinya telah cuba memperkosanya. Tetapi kehadiran Kamil telah menyelamatkannya. Dan dalam gelap malam Salsabila menyangka Sazli yang cuba melakukan perbuatan terkutuk itu. Salsabila enggan memberitahu polis apabila ditanya siapakah lelaki yang bertanggung jawab itu. Esoknya dia hanya membuang kerja lelaki itu. Kemudian setelah dia tahu siapa sebenarnya punya angkara, dan betapa yang menyelamatkan dia malam itu ialah Sazli bukan Kamil, dia telah meminta maaf kepada budak Sazli itu dan menjemputnya untuk bekerja semula. Tetapi Sazli lebih berminat untuk menyambung pelajaran ke Jerman.

     

               Ketika mengerjakan umrah bersama ibu tirinya, Salsabila telah bertemu semula dengan Sazli yang kebetulan turut mengerjakan umrah. Ibu tirinya meninggal, dan petangnya, sesuai dengan ayat yang selalu diulang, 'Kerja Tuhan Siapa Tahu', dia membuat keputusan mendadak mengahwini Sazli.           Panjang lagi cerita ini tetapi saya tidak ingin merosakkan mood pembaca. Lalu saya menamatkan sinopsisnya di sini saja.

     

              Apa yang bagusnya tentang novel ini ialah pendirian penulis yang mengangkat Islam itu sebagai satu cara hidup. Setiap kali bermasalah, watak akan merujuk kepada Kekuasaan Tertinggi iaitu Allah, dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang Islam. Kekuatan lain novel ini juga ialah pengarang memiliki kemahiran bahasa yang tinggi. Banyak perkataan yang jarang-jarang digunakan terdapat dalam novel ini. Hanya yang menimbulkan tanda tanya, apabila dua orang Selangor bercakap sesama mereka apakah mereka akan menggunakan perkataan bergocah, perkataan Kelantan untuk bertumbuk. Kalau perkataan Minang atau Jawa tentu saja lebih mudah diterima.

     

              Novel ini seharusnya menjadi novel yang baik tetapi telah dicacatkan oleh kerja-kerja penyuntingan yang lemah. Seharusnya novel ini dipadatkan kerana sedikit lewah. Saya tahu versi asalnya ialah novel bersiri dalam surat khabar yang harus mengikut format tele novela, tetapi untuk versi cetak tentunya boleh dibuat suntingan untuk memperkemaskan lagi cerita. Ada beberapa perkataan yang digunakan tidak ada dalam kamus Dewan edisi terbaru, dan tidak juga termuat dalam kamus Nusantara keluaran DBP Brunei malah tidak ditemui dalam kamus Indonesia. Ada juga percanggahan cerita, seperti mulanya diberitahu bahawa Sazli dibuang kerja, kemudian dikatakan dia berhenti kerja. Ada juga yang menjadi tanda tanya saya iaitu apakah hukumnya dalam Islam menuntut ganti rugi sesuatu yang belum pasti. Seperti ada unsur gharar dan riba di sini. Malah kalau kita kiaskan kepada hukum haram memajakkan buah-buahan yang belum masak tentu saja adalah tidak manis untuk Salsabila dan Teh Sofia yang amat menjunjung Islam menuntut ganti rugi buah betik yang belum berbunga pun daripada pemaju. Saya juga sedikit geli geleman dengan dialog romantis yang digunakan. Ada juga saya rasa setengah daripada dialog tidak manis ditulis dalam novel yang berteraskan Islam, sesuatu yang bagi ukuran saya berbaur seks. Mungkin juga kerana ukuran yang saya letak untuk penulis ini lebih tinggi. Padahal kalau dialog begitu ditulis oleh penulis novel popular lain saya tidak apa-apa pun.

     

    Apa pun keseluruhannya, bagi saya  novel ini bagus dan tentu saja berbaloi untuk dibaca. Dalam lambakan novel di pasaran yang tak habis saya baca, ia adalah antara novel yang mampu saya habiskan dengan rasa puas membacanya. Sebuah novel yang menjunjung Islam.

     

     


    Posted at 12:16 am by zinrosdi

    malaysia web design
    July 1, 2009   01:37 AM PDT
     
    mahal sangat tak seronok sangat la nak beli
     

    Leave a Comment:

    Name


    Homepage (optional)


    Comments




    Previous Entry Home