SeRIBu SaTU MaLAm






P:E:N:G:U:L:A:S


KEcuPU
Lelaki
Buah Kecupu: manis, masam
dan kelat melekat lama di titik rasa

SiD
Lelaki
Belum kahwin
Semenanjung

DiAN
Emak - suri di rumah
Semenanjung Malaysia

LUPiNE
Bukan lelaki - marhaen
Ibu & isteri
Malaysia - ungu biru

SERoJA
Perempuan
Tujuh warna pelangi

SNoW wHite
Ibu & isteri
Kuala Lumpur


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30






Buku-buku
yang diulas


  • Mencari Kekasih - Zaharah Muhammad
  • Abadilah Cinta - Andrei Aksana
  • Buat Yang Terakhir - Sabariah Araur
  • Inilah Cinta - CT Rohani Abu
  • Donia - Lamia Aimal
  • Persinggahan - Norhisham Mustaffa
  • Antara Dua Hati - Fatinilam Sari
  • Bumi Manusia - Pramoedya Ananta Toer
  • Getaran Rindu - Norzailina Nordin
  • Ego - Abd Rahim Awang
  • Bidadari Bowanavista - Farahnina Zulfar
  • Kasih Antara Kita - Aleeya Aneesa
  • Leraian Novella - Norhisham Mustaffa
  • Hauri Hatiku - Faeshumi
  • Kemarau Di Hati - Nazifah Halmi
  • Maafkanku Sayang - Mimie Afinie
  • Menyemai Cinta - Iffa Irdina
  • Kasih Bersemi - Rozita Abd. Wahab
  • Hati Yang Terusik - Nia Azalea
  • Ayahanda - Azizi Hj Abdullah
  • Pergilah Lara - Nor Erny Othman
  • Biarkan Bunga itu Layu - Yusrul Emiza Yusof
  • Kompilasi Kasih Orang Terbuang - Norhisham Mustaffa
  • Bara - Abd. Rahim Awang
  • Biarkan Aku Sendiri - Siti Rozilah
  • Hanya Kau Segalanya - Jessy Mojuru
  • Hartini - Aziz Afkar
  • Sutera Dalam Lukisan - Abd. Talib Hassan
  • Rinduku di Angin Lalu - Norisah Abu Bakar
  • Belaian Jiwa - Nor Erny Othman
  • Gelora di Tasik Biru - Diya Elora
  • Rindu di Kalbu - Durrah Fatiha
  • 1515 - Faisal Tehrani
  • Tiga Wajah - Lamia Aimal
  • Kau Tetap di Hatiku - Jamilah Ahmad
  • Merentas Kabus - Hartini Hamzah
  • Realiti - Abd. Rahim Awang





  • If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed



     
    Sep 2, 2006
    Ulasan Buku - Mencari KEKASIH

     

     

    Mencari

    KEKASIH

     

    Pengarang : Zaharah Muhammad

    Jumlah Halaman : 776

    Harga : RM31.90

    Penerbit : CESB

     

     

    Berdoalah

    Agar Allah mengampuniku ! Seorang perempuan akhir zaman yang berdosa dan luka hatinya…

     

     

    Bagaimana ya .. untuk menzahirkan Mencari KEKASIH dengan bait perkataan yang sesuai? Membacanya sahaja saya sudah terpesona dengan  lenggok bahasa Zaharah. Lunak dan bersahaja.

     

    Benar. Saya tidak perlu berfikir panjang, andai kata memilih untuk memiliki novel Zaharah Muhammad. Kerana novelnya tidak pernah mengecewakan selera saya . Pada saya, beliau tidak memerlukan umpan yang besar-besar untuk memburu pembaca kerana beliau memiliki tarikan tersendiri.

     

                                                       

     

    @@  @@  @  @@  @@

     

    Zaharah memulakan kisahnya dengan prolog. Mengimbas kembali kenangan luka Ahmad Naim. Benarkah ada luka dihati lelaki itu? Saya kira dia cuma 'terasa' pabila mengetahui kisah lalu yang terlipat rapi dalam hati seorang wanita yang bernama Zainab.

     

    Memang benarlah, namanya tidaklah enak dibibir namun, tetapi itukan nama puteri  baginda Rasullullah S.A.W. Nama yang terpilih.

    Zaharah mengindahkan lagi  pemilik nama itu dengan peribadi yang anggun, , manusia tabah yang elok pekertinya.

     

    Zainab lahir dan membesar dalam lingkungan keluarga yang terdidik peribadinya Tamat pengajian dia kembali ke laman ayah bonda dengan harapan hasratnya mendapat restu keluarga . Dia yang ingin berbakti kepada tanah. Namun awal-awal lagi niatnya ditentang hebat.Tiada siapa yang menyokong termasuklah ayahnya yang selama ini amat mengasihinya.

      Seawal usia remaja dia telah ditunangkan dengan Ahmad Naim, rakan sepermainan pada zaman kanak-kanak. Janji yang termetri dikianati Ahmad Naim yang kononnya Zainab tidak pernah sudi menghubunginya. Pada Zainab apa yang dijanji oleh keluarga mereka, maka itulah janjinya juga. Apa yang telah diakui oleh hatinya kepada Ahmad Naim, maka itu adalah harapan nalurinya. Namun harapan yang diberikan itu tidak mencukupi untuk lelaki itu. Bumi asing  benar-benar telah mengasingkan hati mereka juga. ( Saya suka cara Zaharah melakarkan perasaan Zainab kala dimusuhi keluarga pabila Ahmad Naim memulangkan kembali cincin pertunangan yang termetri 5 tahun lalu )

     

     Dahulu padanya, rumah itu adalah jannah mereka sekeluarga. Ketenangan yg mercik dimana-mana. Namun kini,  dia tertanya-tanya kenapa semua keindahan itu telah hilang Nurnya. Keluarga yang seperti sudah tidak mempunyai Rohnya lagi. Keresahannya bertambah pabila adiknya Adibah ditangkap khalwat. Muka Lebih Salleh terpalit malu lantaran anaknya memperlakukan begitu. Anak-anak yang lain seolah-olah melarikan diri..enggan mengambil tahu. Yang tinggal hanyalah dia dan Alang Solehin yang berdiri memapah malu yang ditanggung keluarga.Mereka dihina lagi bila pihak lelaki memungkiri janji. Membatalkan ijab dan kabul pada saat-saat akhir. Siapa yang menduga dicelah-celah kekalutan itu muncul Aiman, anak jiran terdekat menawar diri sebagai pengantin lelaki demi menutup aib keluarga itu. Pada Aiman dia melakukan begitu kerana perasaannya yang mencintai Zainab padahal wanita itu langsung tidak pernah tahu! ( Masih ada lagikah manusia sebegitu hatinya ? )

     

    Dia pergi membawa diri. Bukan terkilan kerana cinta Aiman. Dia ingin mencari sesuatu yang hilang dari nuraninya. Menumpang di rumah sahabat lama telah membuka rezeki kepadanya untuk menjadi pendidik di Al- Kauthar, sebuah sekolah agama. Dia mula serasi di tempat itu, menabur bakti kepada murid-murid yang telah mengangap dirinya sebagai ibu. Ketulusannya amat dikagumi. Sikapnya sungguh disenangi.

    Cerita yang panjang ini , saya ingin pembaca sendiri menilainya hingga ke penamat. Kerana saya sendiri tidak mampu untuk membuat ulasan yang baik lantaran karya beliau sungguh jujur dan cantik.

     

    @@  @@  @  @@  @@

     

     

    Namun..entahlah ya, kenapa saya rasa selesa membaca karya-karya Zaharah. Mungkin gaya ceritanya yang padat berunsur nasihat, peringatan dan agama, membuatkan tulisannya sungguh terkesan dihati saya. Apa lagi ya… mungkin juga cara Zaharah menzahirkan rasa cinta sesama manusia di dalam ceritanya. Saya suka caranya yang tidak 'over' dalam menyatakan perasaan ( Zainab banyak menyembunyikan perasaan halusnya daripada siapa-siapa ) mungkin bagi sesetengah pembaca merasakan tidak seronok begitu! tetapi pada pandangan saya pula, saya suka begitu, sesuai benar sebagai  wanita muslim yang beriman( watak Zainab, contoh terdekat dalam cerita ini).

    Saya santai membaca karya Zaharah. Dalam nasihat beliau masih sempat membuatkan hati saya tercuit lucu. Dengan jumlah muka surat 776 saya gembira menyelesaikannya biarpun dalam sendu. Sungguh, saya teresak-esak diawal cerita dan penghujungnya juga berteman air mata.

     

     

    Zaharah, Tahniah!

     

     

     

    @  Dian @

     


    Posted at 07:33 am by zinrosdi
    Comments (3)  

     
    Aug 22, 2006
    Ulasan Buku - ABADILAH CINTA

     

     

     

    ABADILAH CINTA

     

    Pengarang Asal : Andrei Aksana

    Terjemahan ke Bahasa Melayu : Ahmad Zukiman M.Hashim

    Jumlah Halaman : 440

    Harga : RM17.90

    Penerbit : Topic Enterprise Sdn Bhd

     

    " Aku hanya minta kau jaga Ardini, Ersad !"

    " Tapi aku tak pernah suruh kau mencintainya !" – Revan.

     

    " Jadi kau ingat aku ini apa? !"

    "Sebuah robot yang tak memiliki perasaan? Bertahun-tahun aku lalui bersamanya, salahkah aku kalau tumbuh perasaan cinta d hatiku? Ardini isteri yang baik. Dia memberikan aku semua yang aku perlukan" - Ersad

     

    @@@  @ @ @   @@@

     

     

    Melihat sampulnya sahaja, saya sudah terpikat. Palitan warrna-warna misteri. 'hitam-putih-kelabu'. Saya andaikan ceritanya tentu menarik tambahan pula bila membaca ringkasannya dibelakang.

     

    Membuka halaman pertama. Fahamlah saya rupa-rupanya ini adalah karya dari tanah seberang! Patut pun nama penulisnya tidak pernah saya dengar ( tetapi namanya sedap,kan ) Karya ini diterjemahkan oleh  saudara Ahmad Zukiman M.Hashim ke bahasa ibunda kita. Saya kira tentu ianya adalah karya hebat. Kalau tidak mana mungkin ia diambil untuk  diterjemahkan

     

    Saya mula menatap ABADILAH CINTA. saya ingin sekali menyelam isinya sedalam mungkin.

    Mengabadikan rasa cinta itu di dalam hati saya sebagai mana mereka yang  mengharapkan mimpi yang sempurna.

     

     

     

    Andrei Aksana bercerita tentang CINTA, perasaan indah nan halus yang menyusur dalam diri Revan dan Ardini tanpa mereka sedari.

     

    Bermula dengan pengenalan  watak-watak dan keindahan puisnya, saya mulai asyik .

     

    Revan, seperti lain-lain hero dia digambarkan sungguh sempurna. Kacak ( seorang 'romea' di kampus! ), daripada golongan  atasan, mahasiswa, atlit hebat malahan seorang pencinta seni ( dia mampu bermain gitar dan menyanyi dengan baik ). Namun disebalik perwatakkannya itu rupa-rupanya dia dibayangi oleh orang tuanya yang gemar sekali mengatur – atur kehidupannya sehinggalah dia bertemu  sang penulis puisi yang telah mencelikkan hatinya selama ini.

     

    Revan hanyut dengan keindahan puisi sang penulis malah dia turut mencintai penulisnya, Ardini. Gadis miskin dan piatu. Dia  wanita hebat, dia tabah dalam menempuhi kehidupannya. Dia penyayang walaupun bapanya seorang penagih arak. Dia memahami jiwa Revan yang terdera dengan pelbagai himpitan hidup.. Bagi Revan, Ardini sungguh istimewa dalam kastanya tersendiri. Sungguh, dia miskin harta namun jiwanya kaya dengan kesantunan seorang wanita.

     

    Ungkaian puisi-puisi Ardini seperti luahan hatinya. Lembut dan dingin. Cinta suci merka tercemar pabila mereka terlanjur dan Ardini didapati berbadan dua. Saya sangkakan jika Ardini bunting tentulah si Romeo itu akan melarikan diri dan melepaskan tanggungjawabnya kepada Ersad, sahabat baiknya itu. Sangkaan saya meleset pabila Revan dengan berani dan yakin meninggalkan semua kemewahan yang dimilikinya untuk bersama sang dewinya yang setia. Dia tidak peduli lagi kepada keluarga yang menentang hebat keinginannya untuk menyunting Ardini Malah bapanya cuba merasuah bapa Ardini untuk bersubahat meracuni bayi yang dikandung oleh  anaknya itu!

     

    Revan yang hampa terus melangkah tanpa menoleh semula ke belakang. Namun  siapalah yang menyangka keadaan merubah segalanya. Revan dihukum penjara. Meninggalkan Ardini yang baru melahirkan Davi. Demi Ardini. Dia sanggup memohon kepada Ersad untuk mengahwini kekasihnya walau cintanya pada Ardini tidak pernah luak.

     

    Konflik bermula pabila Revan dibebaskan. Dia menuntut semula haknya. Memilki Ardini dan Davi,puteranya. Dia ingin menebus semula masa 7 tahun yang lalu. Dia ingin membina semula mahligai mereka yang terkubur. Namun Ersad yang kini bergelar suami kepada Ardini tidak terlawan dengan perasaan cintanya. Baginya Ardini adalah segala. Davi adalah puteranya.Mereka terdera dengan perasaan cinta yang membara terhadap Ardini.

     

    " Sudah ribuan hari kau bersama Ardini.Ersad" pinta Revan dengan penuh harapan. "Sekarang izikan aku memilikinya hanya untuk satu malam." Tetapi bagaimana jika hanya satu malam pun tidak berjaya dimliki?

     

    Saya terharu membaca intipati novel ini. Saya kagumi penulisnya melakar cerita. Novel ini tidak hanya bercerita tentang Revan-Ardini-Ersad malahan mereka yang berada di dalam kelompok keluarga itu. Saya langsung tidak terganggu dengan watak-watak lain yang diwujudkan dalam cerita ini malahan saya merasakan hebatnya penulis ini! kerana watak-watak yang dizahirkan sungguh realistik. Bagaimana harta kekayaan mendahului keluhuran budi. Kan wujud keadaan itu tambahan pula di tengah kota Jakarta yang rata-rata penduduknya miskin dan yang kaya pula bertambah  hartanya.

     

    Menatap ABADILAH CINTA umpama melihat butiran mutiara di dasar lautan. Keindahanya umpama Ardini yang suci kasihnya.Dalamnya dasar lautan seperti dalamnya cinta Revan terhadap Ardini dan ombak itu adalah seperti Ersad yang sentiasa menagih cinta sejati daripada sang isteri?

     

    Walau penantian tak bertepi

    Juga malam hanya titik sepi

    Tetap ku nanti dalam sunyi

    Berdoa semoga kau kembali 

    -          Ardini

     

     

    @@  @@  @  @@  @@

     

    Walau bagaimanapun, saya tetap mengandaikan , jika saya membaca karya asal saudara Andrei Aksana dalam bahasa Indonesia pasti  ianya  lebih indah. ( saya suka bahasa mereka yang lembut dan manis. Maksud saya bahasa buku ya, bukan yang rojak  :P )

     

    Namun saya sedikit kecewa apabila kelancaran bacaan saya tersangkut-sangkut sedikit bila 'editor Bahasa Melayu'(?) terus menyambung cerita/perenggan/bab tanpa membunyikan' hon' ataupun 'break' :P tetapi saya tidak pasti pula adakah ini kesalahan di pihak Topic Ent. atau di pihak karya asal. Begitu juga soal agama. saya tidak tahu (juga kerana tidak membaca cerita asal) apakah agama sebenar mereka ini. Jadi saya cuba me'rabun'kan sebentar sensitiviti itu. Jika benar mereka (watak-watak itu) bukan muslim saya berharap pihak editor Topic Ent. tidak cuba mengIslamkan beberapa ayat dan menyebut kalimah suci L

     

    @ Dian @

     

     

     


    Posted at 04:18 am by zinrosdi
    Comments (10)  

     
    Aug 20, 2006
    Ulasan Buku : BUAT YANG TERAKHIR

    BUAT YANG TERAKHIR...

    Saya gemar memegang novel yang tebal-tebal. Entah bagaimana novel ini biarpun sudah berulang kali saya membacanya namun naluri saya tidak pernah merasa jemu. Saya gemar gaya penulisan Sabariah Araur. Kata teman saya pula dia menyukai cerita Sabariah tetapi tidak tahan dengan isu yang dibawa.berat. Itu pendapatnya dan sudah tentu bercanggah pula dengan pendapat peribadi saya

    Dalam dingin musim salji. Tawa ria kita bagai pesta. Persahabatan dirantauan. Pertemuan yang tidak dirancang menjadikan, menjadikan aku serba salah mengenalimu..sekilas pandang, kerlingan matamu menyatakan segalanya. Sahabat, dalam derai putih salji, aku cuba menikmati manisnya bulan madu kami. Namun tergamaknya kau menodaiku, isteri sahabat baikmu. Lalu bulan maduku menjadi racun..Dan zuriat ini buktinya..Segalanya persis wajahmu.

     

         

     

     

    Zarith Sofiah. Bolehkah saya andaikan dia sebagai wanita malang? Keadaan benar-benar tidak pernah berpihak kepadanya. Seluruh kehidupannya sentiasa diwarnai palitan kedukaan. Wajarkah dia terus dilukai sedangkan peristiwa hitam itu berlaku bukan dengan kerelaan hatinya? Aduhai puteri, jika benar cinta itu alpa mengapa kamu terus menghambatnya? Jika benar cinta itu kudus kenapa kamu membiarkannya melekakan kamu?

    Zarith Sofiah puteri bongsu. Peneman duka ibunya setelah dia kehilangan ayah. Dia bukanlah puteri daripada mana-mana kerajaan namun dia idaman setiap lelaki yang mengenalinya.

    Sabariah memulakan cerita dengan rasa cinta Zarith terhadap Idris. Namun Along Sukri terlebih dulu menjalankan tanggungjawabnya sebagai abang sulung.Beliau telah mewalikan perkahwinan Zarith dengan pegawainya, Rizman,  setelah mereka dimalukan oleh keluarga Junaidah. Dengan keterpaksaan, Zarith lalui jua hari-hari sukarnya bersama Rizman. Bumi Norway menerima kedatangan mereka. Rizman yang sentiasa mengharapkan akan ada kasih yang terpancar daripada isterinya namun kebetulan yang tidak terduga terjadi pabila Zarith sempat berkenalan dengan Syed Muhammad Ikwan Shah. Bumi Oslo yg dingin itu juga menemukan kembali dua sahabat lama. Rizman dan Ikhwan.

    Benar, cinta itu buta. Ikhwan hanyut dengan bayang cintanya yang membara sehinggakan sanggup mengkhinati isteri sahabatnya sendiri. Mungkinkah Zarith yang memulakan sengketa?  Pada saya mungkin ya. Dia yang membuka jalan namun.. kan pada saat itu dia belum lagi sudi menerima Rizman di dalam hatinya. Ditambah pula dia yang dikahwin paksa. Saya memahami Zarith yg terdera perasaannya. Dia akur dengan keputusan keluarga namun hatinya meronta sendiri. Perkenalan antara mereka umpama mengubat sedikit luka yag dibawa ke bumi Oslo sambil melewati musim dingin di perantauan.

    Benih itu dibawa pulang dan terus membesar di dalam rahimnya. Rizman yang tidak tahu apa-apa menganggap Ahmad Afzan sebagai anaknya sendiri. Sehinggalah suatu detik pabila didapati tidak ada persamaan darah diantara mereka. Maka terburailah kisah lampau. Kesetiaannya dipersoalkan.Lalu dia ditinggalkan tanpa kata. Rizman yang terluka dan tercabar egonya meninggalkan Zarith bersama-sama anak-anak mereka yang lain. Ahmad Afzan yang sakit tidak diambil peduli oleh orang yang selama ini dianggap sebagai bapa. Zarith yang tersepit dalam melewati kehidupannya terpaksa menerima kehadiran Tengku Kahar sebagai suami.. Anaknya sakit. Merawatnya sahaja memerlukan belanja yang bukan sedikit. Zarith yang terdesak kehidupannya sanggup melakukan apa saja malahan menerima Ku Kahar. andai itu bisa menyelamatkan Ahmad Afzan yang menderita kesakitan di hospital. 

    Ikhwan hadir kembali namun Zarith yang tidak pernah surut dendamnya tetap menyalahkan Ikhwan sebagai penyebab kepada semua cerita nestapanya ini. Biar menggunung kemaafan dipohon namun tidak dapat mengubah apa-apa.

    Rizman jua pulang.memohon agar disimpul semula kasih mereka. Benarkah kasih mereka mampu bersatu kembali setelah ketiadaan Ahmad Afzan dan kedatangan sepasang permata peninggalan Ku Kahar. Mampukah Rizman memandang mereka dengan pandangan seorang bapa yang penyayang. Adakah Ikhwan yang lebih layak bergelar ayah setelah dia benar-benar insaf dengan ketelanjurannya dahulu.

    Simpati saya tumpah terhadap Zarith. Perasaan saya tersentuh dengan cara Sabariah meluahkan isihati Zarith. Rintihannya mendayu memohon pengertian ibunya. ( m.s. 81 dll ) malahan kepada Rizman juga ( ms. 179 dll ) . Naluri keibuan saya turut menangis tatkala Zarith memohon kepada ibunya untuk bersendirian seketika dengan Ahmad Afzan sebelum dijemput Maha Pencipta ( ms. 630 )sedihnya hati seorang ibu pabila mengetahui anak yang sering diulit itu sudah tiada harapan.

    Menatap novel ini saya tidak pasti bila saya dapat rasakan Zarith benar-benar bahagia? dirinya sahaja sedingin salju lalu bagaimana hatinya yang beku itu pernah bersenandung ria? Buat Yang Terakhir… izinkan dia, Zarith Sofia  tenang seketika.

     

    @ Dian @

     


    Posted at 08:56 am by zinrosdi
    Comments (6)  

     
    Jul 26, 2006
    Ulusan Buku - INILAH CINTA

     

    INILAH CINTA

    PENULIS: CT ROHANI ABU

    HARGA: RM17.90

    RHYTHM Consolidated Berhad

     

    Benar cinta itu buta. Begitulah cinta Karina, yang hadir ketika dia sudah bergelar andartu. Pertemuannya dengan Reza, mahasiswa yang masih muda, membibitkan rasa cinta antara mereka. Karina yang baru menjinakkan diri dalam dunia penulisan novel, telah merahsiakan umurnya daripada pengetahuan Reza demi merealisasikan watak di dalam novel terbarunya. Bagi Reza, Karina ialah sumber inspirasi dan wanita idamannya. Karina menjadi tidak keruan apabila Reza mendesak untuk bertemu, lantas meminta adik angkatnya, Zahida, menyamar sebagai Karina untuk menemui Reza. Ternyata selepas pertemuan itu, Zahida jatuh cinta kepada Reza. Karina tidak pasti sama ada dia rela ataupun tidak untuk melepaskan cintanya terhadap Reza. Adakah Reza menyedari Zahida ialah samaran Karina? Adakah Karina akan berterus terang akan dirinya yang sebenar? Bagaimanakah pengakhiran cinta Zahida, Reza dan Karina sendiri?

     

    Komen saya :

     

    ~ Permulaan cerita, saya rasa agak 'slow' tapi bila dah sampai setengah novel, saya rasa amat teruja nak mengetahui endingnya.

    ~ Saya merasakan novel ni, lain dari yang lain, maksud saya isu yang penulis cuba ketengahkan. Saya tak pernah lagi terbaca mana-mana novel yang isunya 'lelaki muda bercinta dengan perempuan yang lebih berusia'.

    ~ Ada ke orang setabah dan sesabar Karina pada zaman ni, beri peluang dekat orang lain walaupun dalam masa yang sama dia tak boleh nak pujuk hati & perasaan dia dari membiarkan Reza jatuh ke tangan orang lain.

    ~ Saya cukup berdebar bilamana Ayah Reza melamar Karina. Apa yang Karina rasa, saya pun turut merasai, tertanya-tanya untuk diri sendiri ke atau untuk orang lain..

    ~ Apa-apa pun okey lah novel ni, tak terlalu berat nak pikir jalan ceritanya.

     

    Snow White

     


    Posted at 01:09 am by zinrosdi
    Comments (3)  

     
    Jul 19, 2006
    Ulusan Buku - DONIA

     

    Donia

    Lamia Aimal

    Creative Enterprise

    278 muka surat

    RM 15.90

    Cetakan ke lapan

     

    Nurlisa anak kepada Rahmat, pembantu peribadi kepada Dato Johan, seorang jutawan terkenal. Semasa Dato Johan menghembuskan nafas terakhirnya, beliau telah meninggalkan wasiat buat anak tunggalnya, Haris. Wasiat yang mengkehendakkan Nurlisa & Haris disatukan walaupun dalam masa yang sama kedua-duanya telah mempunyai pasangan sendiri.

     

    Haris & Nurlisa patuh pada wasiat Dato Johan namun Haris telah mengenakan 5 syarat yang harus Nurlisa patuhi. Kemewahan tidak menjaminkan kebahagian dalam sesebuah rumahtangga, itulah yang dirasai oleh Nurlisa yang dilimpahi kemewahan.  Berbagai-bagai konflik berlaku dalam perniagaan yang diterajui oleh Haris, musuh-musuh yang sentiasa cuba memusnahkan empayar perniagaan Haris.

     

    Siapakah Vincent, Kamal, Sheryna, Yusri & Hisyam dalam hidup Nurlisa dan Haris?

     

    "Adakah wanita-wanita yang hidup mewah dan bergelar DONIA akan mengalami nasib yang sama sepertiku? Sentiasa kesunyian? Sentiasa diserang kegelisahan?"

     

    "Mungkin selama ini kita tidak rapat tapi takdir telah menentukan jodoh kita. Berilah peluang agar perhubungan kita terus berkembang"

     

    Komen saya       :          

     

    Pertama kali saya membaca karya Lamia Aimal, sungguh tak mengecewakan, dan kebanyakan karya beliau diulang cetak melebihi lima kali. Syabas untuk beliau!! Saya suka akan jalan cerita yang dipaparkan dalam Donia, cuma ada beberapa patah perkataan yang saya kurang paham, mungkin novel ni dibuat sekitar tahun 90an.

     

    Snow White


    Posted at 08:19 am by zinrosdi
    Comments (8)  

     
    Jun 28, 2006
    Ulasan Buku - PERSINGGAHAN

    - APAKAH DIA LAYAK DISANJUNGI?

     

    Saya tidak boleh mengatakan tidak! untuk tidak menatap karyanya tiap kali saya terpandang namanya tercetak di atas sampul novel. Teruja dengan gaya penceritaannya. Dia tidak perlu menggunakan nama-nama hebat tatkala melakar watak-watak di dalam novelnya itu. Malahan novelnya kali ini mengundang senyum saya pabila mengetahiu nama si hero agak lucu untuk saya menyebutnya buat kali pertama. ( patut pun nama itu menjadi bahan usikkan : sila rujuk halaman 23 )

     

    Dia berkelana mencari harga diri dan menabur bakti pada kampung halaman yang jarang sekali dikunjungi. Dia tidak pernah terfikir akan berhadapan dengan penentangan, kejian dan hasad dengki. Dia juga tidak datang untuk menjadi hero dikalangan penduduk Becah Samun.. namun inilah terpaksa dihadapi dan ditangani. Dia dicemburui,dikeji dan dianiaya. Dia tidak diberi pilihan. Sama ada mahu atau tidak, dari harus bangun untuk menghadapi segalanya ini, bukan untuk diri sendiri tetapi untuk maruah yang berada di sekelilingnya.

     

    Begini ceritanya.

     

    Oslan Ahmad Zainal. Anak tunggal. Ayahnya yang telah kembali kepada Pencipta telah menjadikan ibunya seorang balu dan dia yang mempunyi sederet sijil tetapi hanya menjadi penunggu di rumah.  Pelawaan datuk saudaranya, Lebai Dalib melalui surat selain daripada bertanyakan khabar turut meminta jasa baiknya untuk berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di kampung yang terpencil dan tidak membangun. Sungguh! Dia sungguh berkeberatan. Namun tidak semua yang pahit itu adalah ubat. Dalam kemelut keengganannya itu dia menapak juga ke Kg Becah Samun. Jadilah dia seorang guru Bahasa Inggeris dan Geografi di sekolah yang serba daif itu.

     

    Kehidupan yang biasa-biasa membuatkan dia semakin betah, walau sesekali terdengar suara-suara iri. Dia mula membina persahabatan dengan masyarakat sekeliling. Berkenalan dengan Pendekar Salleh yang menyewa tanah pusaka miliknya di hujung kampung, bersahabat dengan Wan Derauf yang pada asalnya berwatak cemburu (  kerana isterinya Leha masih muda dan cantik ) malahan persahabatan itu juga telah banyak merubah sifat baran Wan Derauf. Namun dicelah-celah meraka yang baik itu tetap bermastautin konco-konco kampong yang merencahkan lagi kehidupan Oslan. Dia dicabar keberaniannya supaya beradu silat. Kononnya demi mempertahankan maruah. Dia harus menerima cabaran tersebut sedangkan itu bukan kehendaknya.Dalam kemelut itu dia masih lagi gagah dalam memberi khidmatnya kepada penuntut di sekolah agama itu. Tanpa sesenpun dia tetap menabur bakti dengan mengadakan kelas tambahan bahasa Inggeris, malahan desakan daripada  Tuan Mudir agar dia menubuhkan kelas silat turut dipenuhinya lantaran enggan digelar pengecut.

     

    Darah pahlawan yang mengalir di dalam tubuhnya itulah yang menjauhkan dirinya daripada Maimun. Dia menjadi mangsa dendam Haji Senapi yang menolak lamarannya  untuk memperisterikan Mainun .Dia silap dalam mencatur hatinya sendiri kerana bagi Haji Senapi dendamnya pada arwah ayahanda Oslan tidak pernah luntur.

     

    Sekali lagi Norhisham memainkan mereka , watak-watak ciptaannya dalam  PERSINGGAHAN ini. Adunannya sungguh berkesan sehinggakan saya juga seolah-olah turut terbuang di daerah sepi itu. Saya sebu dengan cara pemikiran masyarakat setempat yang rata-ratanya masih berfikiran cetek. Norhisham mengambarkan masyarakat kampung itu yang masih lagi rata-ratanya berfikiran buta! Kadangkala mereka bertindak melulu tanpa memberi keizinan kepada akal untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya. Mereka seolah-olah tiada minat untuk memajukan diri sendiri sebaliknya mereka lebih cenderung untuk memporak-perandakan kehidupan orang lain. Kebenaran ini dapat dilihat melalui watak Jalil, Pak Uda Meon dan Ustaz Karim sendiri.. ( kecuali beberapa watak kecil seperti pelajar di sekolah agama itu dan watak Wan Derauf yang cuba mengangkat martabatnya dengan usahanya sendiri )

     

    Sebenarnya saya ingin sekali mengetahui latar tahun berapakah cerita ini dizahirkan.  Kerana PERSINGGAHAN ini bukanlah sia-sia. Sungguh! Norhisham mampu membawa kita ke garis penamat yang sungguh bererti. Bacalah! semoga PERSINGGAHAN ini mampu membawa kita agar lebih mengerti sebuah kehidupan.

     

     

    Pengarang : Norhisham Mustafa

    Jumlah Halaman : 255

    Tahun : 2003

    Harga : RM15.90

    Penerbit : CESB

     

     

     

    @ Dian @ 


    Posted at 01:39 am by zinrosdi
    Comments (3)  

     
    Jun 4, 2006
    Ulasan Buku - ANTARA DUA HATI
     

     

    'Lebih baik tidak punya memori kalau

    memori itu pahit'

    Pengarang: Fatinilam Sari Ahmad

    Jumlah halaman: 514

    Tahun: 2006

    Harga: RM23.90

    Penerbit: CESB 

    Antara Dua Hati bukan kisah cinta atau masyarakat yang biasa. Ia lebih kepada sebuah suspense thriller  tetapi tidaklah begitu serius thrillernya  hingga pembaca terpaksa menutup mata.

    Cerita dimulai dengan Basyira yang balik ke kampung di daerah Mentakab (latar kesukaan Fatinilam nampaknya) setelah bercerai dengan Nordin, suaminya selama 28 tahun.

    Fatinilam banyak menyajikan adegan-adegan suspen dan tidak kurang juga meluatkan dalam buku ini. Namun ini semualah yang terus membangkitkan minat untuk menghabiskan bacaan dengan sekali duduk, kata orang.

     

    Bagi saya, cerita ini lebih menonjolkan watak-watak perempuan, yang baik adalah Basyira dan Lydia dan yang jahat lagi meluatkan ialah Mirinda. Ryean dan Nordin adalah lelaki yang lemah pada pendapat saya. Sementara Basha dan Datuk Rustam pula tidak begitu menonjol kegagahan mereka. Hanya watak Harith Rafeeq yang boleh dikira seorang lelaki yang kuat. Saya rasa simpati padanya. Boleh menitiskan airmata kepada yang sensitif di akhir cerita.

     

    Tidak perlu saya mengulas gaya tulisan Fatinilam yang sememangnya hebat dan berjaya menarik pembaca pada cerita ini. Satu buku yang tidak rugi dimiliki sekiranya ingin mengubah selera dari kisah cinta biasa.

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    ~LUPInE~

    Ringkasan watak:

    Basyira :: Janda yang berusia 45 tahun, pulang ke rumah tinggalan ibubapa di kampung untuk memulakan hidup baru. Diceraikan oleh Nordin kerana bakal isteri Nordin yang muda belia tidak sanggup dimadu. Mula menulis novel kerana minat. Menyimpan kemas satu rahsia peribadi.

    Ryean Eiman :: Anak Basyira bersama Nordin yang bekerja sebagai arkitek di syarikat Datuk Rustam. Mempunyai hubungan dengan anak Datuk Rustam tetapi dalam masa yang sama ada affair dengan isteri muda Datuk Rustam. Projek syarikatnya membawa dia kembali ke rumah ibunya di kampung.

    Nordin :: Bekas suami Basyira yang sering bertukar perempuan.

    Lydia :: Menyintai Ryean tanpa menyedari teman lelakinya itu curang. Sangat disukai oleh Basyira.

    Mirinda :: Isteri muda Datuk Rustam yang menggoda dan penuh muslihat.

    Basha :: Bujang terlajak yang masih mengharapkan cinta Basyira. Mempunyai perangai yang sedikit pelik.

    Datuk Rustam :: Majikan Ryean, bapa Lydia, sepupu Basha. Pernah meminati Basyira di zaman mudanya. Dikhianati isteri sendiri dan mangsa pertama siri dendam ini.

    Harith Rafeeq :: Kemunculannya di tengah-tengah kemelut membawa dendam lama dan menyingkap segala rahsia.

     
       

    Posted at 10:08 pm by zinrosdi
    Comments (3)  

     
    May 17, 2006
    Ulasan Buku - Bumi Manusia

    Judul: Bumi Manusia
    Penulis: Pramoedya Ananta Toer


    Kerana telah kembalinya ke sisi Tuhan penulis besar Indonesia ini, semua orang menulis tentangnya di dalam pelbagai media. Dan aku juga ingin turut menulis tentang karyanya dalam keterbatasan dan kekuranganku. Pertama kali didedahkan dengan novelnya, tentunya Keluarga Gerilya, aku masih belasan tahun. Ketika itu, kewajiban membacanya sebagai teks membuat aku merasa terdera untuk menghabiskannya. Aku akui bukan semua orang mampu menikmati dan merasa betapa besarnya karya beliau. Seperti kata seorang ahli sufi, yang telah aku lupa namanya; Bagi seekor kaldai rumput berduri merupakan makanan yang lazat. Kaldai memakan rumput tersebut dan tinggallah ia seekor kaldai. Dan aku merasa bangga aku bukan lagi kaldai itu.

    Di sini aku ingin mengulas tentang novel pertama daripada tetralogi Pulau Burunya iaitu Bumi Manusia. Novel yang berasal daripada cerita lisan kepada teman-teman tahanan politik di Pulau Buru ini kalau tidak silap telah diterjemahkan kepada lebih 30 bahasa.

    Secara mudah, novel ini mengisahkan tentang Minke (daripada perkataan Monkey oleh seorang guru Belanda) seorang anak golongan priyayi (atasan) yang bersekolah di sekolah Belanda. Minke asalnya seorang yang mudah jatuh cinta dan hidup hanya untuk bekerja dengan Belanda. Pertemuannya dengan Annelies, anak seorang Nyai (perempuan simpanan) Belanda mengubah hidupnya. Dia jatuh cinta kepada Annelies yang jelita. Di bawah asuhan ibu mertuanya beliau tumbuh menjadi pejuang bangsa secara berdikit-dikit. Akhirnya beliau telah dipisahkan secara paksa daripada isterinya oleh Belanda (terasa seperti membaca kisah Natrah). Peristiwa ini menjadi sebab semerta untuknya menentang Belanda.

    Ceritanya amat mudah tetapi di tangan Promoedya semuanya menjadi begitu indah. Bahasanya membuat aku mengulangi baca sesetengah ayat, tetapi bagi yang tidak biasa dengan bahasa Indonesia dinasihatkan supaya mencari kamus. Bagi pelajar sosiologi novel ini amat sesuai dibaca kerana ia menyentuh mengenai budaya bangsa Jawa. Sebenarnya cerita ini ialah sebuah cerita `multi layer', terpulanglah setakat mana kemampuan kita untuk mendapatkan isinya. Ada orang yang hanya dapat ceritanya tetapi ada orang yang dapat pengajarannya. Novel ini, setakat ini telah tiga kali aku ulang baca dan setiap kali membacanya aku menemui sesuatu yang baru.

    Tetralogi ini yang sebenarnya merupakan sebuah cerita berbingkai ini turut disaran baca oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir Muhammad.

    Penilaian KeCUpu = ***** bacaan wajib untuk setiap peringkat umur
                                             ~teks untuk yang ingin berjuang~ 

    Nota:
    Kumpulan Tetralogi harus dibaca mengikut urutan:
    1. Bumi Manusia
    2. Anak Semua Bangsa
    3. Jejak Langkah
    4. Rumah Kaca
     

    p/s:  LupiNE tolong cari gambar kulit buku ini, boleh?


    Posted at 05:30 am by zinrosdi
    Comments (2)  

     
    May 12, 2006
    Ulasan Buku - GETARAN RINDU

    Pengarang: Norzailina Nordin 

    Bil mukasurat: 580

    Harga: RM19.90

    Tahun: 2006

    Penerbit: Alaf21

     

    Gadisku..andai ada pertemuan kedua, katakan hanya aku yang kau cinta!

     

    Membaca caption buku ini sudah menggambarkan bahawa watak utama cerita ini ialah seorang lelaki. Izham adalah seorang jurugambar majalah yang juga penulis novel. Watak Izham dipaparkan sebagai seorang lelaki yang sederhana, berfikiran matang, tenang, berdedikasi dan lurus (nota: tidak kaya harta, oleh itu satu watak yang realistik). Entah kenapa, Izham tiba-tiba terpikat dengan suara gemersik yang memintanya memulangkan buku perpustakaan. Perjumpaan secara tidak sengaja seterusnya merapatkan lagi hubungan pasangan teruna-dara ini.

     

    Pembaca dibawa menerokai kerjaya Izham sebagai jurugambar dengan asyik sekali. Segala detail tentang kaedah penggambaran dihuraikan dengan kemas. Perasaan Izham semasa menulis novel juga digarap baik.  Bukan saja Izham, hal kerja sahabat baiknya Zarif sebagai jurutera juga dijelaskan dengan terperinci. Nyata, Norzailina membuat research yang rapi dalam penulisan beliau.

     

    Hubungan Izham dan Fara (pustakawan itu) tentunya tidak berjalan selancar yang diharapkan. Kerana cemburu, Fara hilang seorang rakan. Kerana sakit hati, Sharifah sengaja mencari sengketa. Minat Delia, seorang pramugari terhadap Izham juga membuat kekasih Delia, Suffian merencanakan suatu pelan untuk melenyapkan Izham.

     

    Isu-isu yang ditimbulkan dalam cerita ini ditangani dengan baik. Namun ada juga persoalan yang timbul di fikiran iaitu kenapa Izham tidak menghubungi Farah dalam tempoh 'kehilangannya' tanpa perlu  menyamar? Sekiranya khuatir rahsia pecah kepada Suffian, saya tidak menemui penjelasan tentang ini. 

     

    Norzailina mencuba teknik 'fragmen di dalam fragmen' dalam novel ini. Dimasukkan fragmen dari novel yang ditulis oleh Izham mengenai kejadian 13 Mei. Fragmen ini mungkin boleh dilompat-baca jika pembaca tidak sabar untuk  mengetahui kisah selanjutnya tentang Izham. Sebaik-baiknya pembaca berpatah balik untuk menambah pengetahuan. Bukan sedikit research yang dibuat oleh penulis untuk menceritakan tentang kisah benar ini.

     

    Sikap Izham yang cool, calm and collected  semasa menghadapi krisis dalam hubungannya dengan Fara patut dicontohi. Kali ini tidak ada rasa kekok membaca dialog tulisan Norzailina.

    Saya menutup buku ini dengan rasa puas tetapi dengan harapan akan ada sambungan cerita tentang Zarif pula.

     

    LUPiNE


    Posted at 08:45 am by zinrosdi
    Make a comment  

     
    May 7, 2006
    Ulasan Buku - EGO

    Pengarang : Abd Rahim Awang

    Jumlah Halaman : 467

    Tahun : 2004

    Harga : RM22.90

    Penerbit : CESB

     

     

     

    - GURAUAN ITU SUATU PENGHINAAN YANG TELAH AKU GUBAH MENJADI DENDAM YANG MENYAKITKAN-

     

    Salina menyayangi peria-peria itu. Bersama mereka, Salina mengorak langkah mewarnai kehidupan yang baru bermula, jatuh bangun, bersusah payah meredah onak dan cabaran yang ada waktu-waktunya menggegarkan hati dan emosi. Dan sebagai manusia biasa Salina ada waktu-waktunya terlepas kata, terbabas gurauan..menyalah anggap antara kebenaran dan ketidakjujuran. Menyelami tiap hati antara mereka, Salina tidak temui luka silam yang telah menular menjadi dendam…

     

    Kerjayanya membantu beliau menulis dengan begitu baik dan terperinci. Mengolah jalan cerita dengan gayanya yang tersendiri - itu adalah pendapat saya jika menyebut nama-nama besar seperti  Abd Rahim Awang.

     

     

     

     

     

     

    Saya jarang ketinggalan dalam membaca karya-karya beliau.  Saya terpesona dengan gayanya yang tersendiri. Kelebihan sebagai salah seorang pegawai penyiasat (barangkali) digunapakai sepenuhnya oleh beliau di dalam novel terbarunya  EGO.

     

    EGO berdasarkan kisah benar! 

    Mengetahui tentang perkara ini membuatkan perasaan saya lebih membuak-buak untuk membacanya.

     

    Abd Rahim membawa kita meneroka liku-liku kehidupan dan perjalanan tugas seorang anggota POLIS.  Secara tidak langsung membaca EGO, kita turut didedahkan dengan kerja-kerja mereka yang sememangnya sentiasa berjaga-jaga dan berada dalam keadaan merbahaya. Kisah pembunuhan bersiri ini banyak mengundang tekanan terhadap mereka. Watak-watak yang berperanan besar dalam menangani kes-kes jenayah.

     

    Abd Rahim memulakan ceritanya dengan kes pembunuhan di Blok A, Kondo Sri Cempaka. Mayat yang tidak diketahui identiti itu menjadi tanda tanya sehinggalah pada malam itu juga terjadinya tragedi pembunuhan menyayat hati yang menjadi titik tolak kepada penemuan kes-kes kemalangan terdahulu dan diikuti pembunhan kejam yang lain.

     

    Membaca EGO membuatkan saya turut sama berasa berombaknya perasaan. Simpati saya kepada Salina yang malang nasibnya. Saya memahami perasaannya yang terdera. Saya memahami dia kerana bukan begitu kehendaknya. Setiap daripada mereka menemui ajal pabila mendampinginya. Sialkah dia?

     

    Pesona Salina mengundang minat mereka untuk mencintainya..malahan mereka itu tidak segan silu meluahkan perasaan mereka terhadap Salina.

     

    Mereka, lelaki-lelaki itu…mereka bukanlah calang-calang manusia, mereka  terpelajar, berkerjaya dan berpersonaliti..tetapi kenapa mereka menjadi mangsa?

     

    - FENDI -

    - TAUFIK -

    - BAKTIAR -

    - FUAD -

    - AMIRUL -

    Rakan universiti (senior)

     

    Kekasih pertama Salina

     

    Merancang untuk berkahwin

     

    Terbunuh akibat kemalangan jalan raya

    .

    Rakan universiti (senior)

     

    Melamar Salina semasa percutian di Teluk Chempedak

     

    Hanyut di laut dan mayatnya tidak ditemui

    Rakan universiti (senior)

     

    Bertunang dan akan berkahwin dengan Salina

     

    Dibunuh semasa menghantar Salina pulang

    Rakan universiti (senior)

     

    Menaruh hati pada Salina

     

    Suspek kes kemalangan Fendi dan pembunuhan Baktiar

    Rakan universiti (senior)

     

    Juga menyimpan perasaan terhadap Salina

     

    Suspek kes kemalangan Taufik dan pembunuhan Baktiar

     

    Dendam adalah motif utama yang membawa kepada pembunuhan terancang ini tetapi siapakah yang menjadi dalang ?  Azimah? mungkin, kerana walaupun bersahabat baik dengan Salina dia juga berdendam dan cemburu kepada wanita itu.

    Dato' Mukhlis, ayah kepada Fendi..juga berkemungkinan kerana beliau merasakan siasatan ke atas kemalangan anaknya tidak dijalankan dengan teliti sedangkan beliau juga mempunyai teorinya yang tersendiri.

    Kes pembunuhan ini ditangani oleh ASP Helmi dan dibantu oleh ASP Norhayati yang dedikasi dan cekap. Membaca keterangan dan soalsiasat yang dibuat oleh mereka berdua , saya pula merasakan seolah-olah saya juga turut berada dalam tahanan mereka ! kecut perut.

     

    Menatap EGO membuatkan kita merasa sesiapa sahaja boleh menjadi pembunuh. Abd Rahim bijak memutar cerita..bijak membuatkan kita berteka-teki dan saya sememangnya mengkagumi cara,gaya dan citarasa beliau dalam menterjemahkan EGO !

     

    Meneroka EGO seumpama mengajar saya supaya lebih berhati-hati dalam tutur kata. KERANA PULUT SANTAN BINASA..KERANA MULUT BADAN BINASA.

     

    Bacalah. Saya yakin anda tidak akan kecewa.

     

     

     

    @ Dian @

     


    Posted at 10:51 pm by zinrosdi
    Comments (3)  

    Previous Page Next Page