|
Percayalah…
Saya tidak pernah berkesempatan membaca karya ini dilaman asal blog penulisnya. Lantaran saya telah dimaklumkan yang manuskrip ini akan diterbitkan dalam edisi penuh. mmm..saya menantinya kerana ingin sekali membaca tanpa sebarang gangguan. Mana mungkin lagi untuk ombak perasaan ini mampu menghempas pantai hatimu… kalau sudah ada benteng di situ? - Danial Wolfgang Mengapa Danial, kau tidak pernah jemu-jemu menatap kamar hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu? - Nur Atiqah
Ruby melatarkan kisah ini di bumi Jerman. Stuttgart, menemukan Nur Atiqah dalam mengenali cinta. Stuttgart juga mengembalikan jatidiri Danial Wolfgang yang tergelincir. Mungkinkah Stuttgart juga mampu menyatukan kasih mereka ? Menyambung pelajaran dan menjalani kehidupan di bumi asing bukanlah sesuatu yang menyenangkan buat Atiqah. Lantaran latar budaya dan resam yang berbeza, namun dia tidak keseorangan. Teman-teman dari tanah air menjadi pendorong juga kekuatannya untuk menghadapi segala dugaan. Dinginnya bumi Stuttgart cuba diceriakan dengan teman-teman yang sama-sama merantau demi tuntutan ilmu. Dahulu, dia bukanlah siapa-siapa. Dia alpa dengan dunia ciptaannya sendiri. Dia lupa yang dihanyalah makhluk ciptaan yang Maha Kuasa. Dia hanyut dalam kencah yang jijik. Dia seolah-oleh menjadikan alasan kehilangan bonda menyebabkan dia dibawa arus sedemikian, pada hal dia masih punya ayah yang penyayang malaham pengasuh yang sungguh mengasihinya. Dia lalai dalam mengenali kasih mereka. Malah dia cuba pula mnyingkirkan apa yang ada disekelilingnya .Dia, Danial Wolfgang. Bagaimana hati akan terpaut jika pada awal-awal lagi dia disergah sedemikian? Bagaimana hatinya tidak terasa padahal mereka dari rumpun yang sama, biar pada dasarnya akar itu sudah berselirat , namun mereka masih dari tunjang yang satu. Perkenalan mereka bukanlah diatur-atur. Namun, sedari awal lagi Danial seperti terpana memandang wajah Atiqah yang seiras ibunya. Wanita melayu yang telah dibuang keluarga demi cinta! Danial nekad untuk mengenali Atiqah walau bukan sedikit dugaan yang perlu ditempuhi. Mengenali wanita itu umpama mula mengenali diri. Danial yang kucar-kacir hidupnya tidak terasa terhina kerana Atiqah secara halus telah cuba mendidik hatinya. Danial mula menilik diri. Dia ingin kembali ke jalan-Nya. Jalan yang telah lama ditinggalkan. Cinta pada Atiqah adalah anugerah. Cinta itu juga telah membawa dirinya pulang ke tanah kelahiran Sabariah, ibunya. Dia meninggalkan Atiqah di bumi asing sendirian ... meninggalkan wanita itu tanpa dimaklumkan perkara sebenar. Danial ingin kembali mencari identiti milik ibunya kerana dibimbangi andai Atiqah itu adalah wanita ajnabi, yang tidak layak dikahwini padahal ijab dan kabul telah diterimanya dahulu. Mengenali salahsilah keluarga ibunya membawa kepada perkenalan diantara Khairi,l sepupunya yang juga bekas majikan kepada Atiqah. Khairil yang tertawan dengan pesona Atiqah tidak pula menolak hajat keluarganya untuk menyunting wanita itu. Dia ingin Atiqah menjadi ibu kepada Fatin dan suri dihatinya. Kejelitaan dan kesantunan Atiqah juga membuatkan Iskandar sanggup terbang ke bumi Jerman. Iskandar cuba mengenali hati wanita itu namun kedinginan Atiqah membuka peluang kepada Nadia untuk mengintai hati Iskandar yang didakwa Atiqah sebagai sepupunya. Atiqah terpasung dengan perasaannya sendiri. Bagaimana hatinya akan terurai jika simpulan mati itu hanya Danial yang mampu merungkai? Dia tersiksa dengan rasa cinta yang terpendam. Danial yang turut disimbah perasaan cinta itu hanya mampu memandang sinar lampu oren dari kamar Atiqah. Memandang kilaunya sahaja seperti mengubat rindu yang menggunung. Sebenarnya, mereka sama sahaja. Memendam rasa. Lalu pabila rasa itu masak meranum ia bertukar menjadi racun. Atiqah mula mencemburui Dewi, teman rapatnya dan juga sahabat baik Danial. Dia mulai sangsi dengan perasaan Dewi terhadap Danial sedangkan Dewi itu sudah maklum benar perasaan mereka berdua. Kebijaksanaan Dewi berjaya mengumpan Atiqah untuk membuka rahsia hatinya sendiri. Mmmmm…kan senang begitu J ( saya kasihan kepada Danial kerana perasaannya tidak cuba difahami oleh Atiqah dan menjadi geram kerana Atiqah pula cuba untuk menidakkan perasaannya terhadap Danial. Padahal jika mereka berbicara mungkin tidak akan wujud salah faham sedemikian ) Merujuk kepada latar belakang penulis yang pernah menetap di Jerman, Ruby berjaya membuatkan saya turut terasa berada di bumi 'Hitler' itu. Latarnya, keindahannya malahan disiapkan sekali glosari bahasa Jerman bagi merujuk kepada beberapa dialog perbualan mereka. Menarik bukan J. Biarpun telah menyelesaikan bacaan, saya masih terkenangkan keindahan tasik Bodensee yang menghubungkan 3 buah negara itu. Saya juga tertarik pabila Ruby melakarkan saat-saat manis tika Danial dan Atiqah berada di sekitar tasik tersebut kerana tidak ramai lelaki sudi berkongsi kenangan peribadi mereka dengan sesiapa. Tetapi pabila Danial yang bersusah payah membawa Atiqah untuk melihat tempat dia dilahirkan. Itu adalah petanda " You're my girl ". Mmm... manisnya. Saya simpati dengan liku-liku kehidupan Danial. Dibesarkan tanpa ibu walaupun Chik sentiasa disisi namun manakan sama dengan kasihnya ibu. Membesar dibumi yang majoritinya bukan beragama Islam dengan latar agama yang goyah mana mungkin Danial tidak akan hanyut dan tersasar pegangannya. Kesedihan dengan pemergian isteri tercinta terus diratapi oleh Mr. Wolfgang lalu anak yang ditinggalkan itu dimewahkan dengan timbunan kesenangan.Mungkin padanya begitulah cara untuk menggembirakan si anak tanpa menyedari limpahan itu akhirnya memakan diri. Danial semakin jauh daripadanya. Danial lebih gembira di luar sana daripada duduk dan berbual-bual dengannya Hari-harinya dilalui dengan sepi sekali. Sebagaimana sepi hati tuanya. Untuk karya pertama dan sebagai seorang penulis baru, Percayalah… secara keseluruhannya tidak mengecewakankan. Saya yakin untuk novel-novel akan datang Ruby pasti akan lebih menyerlah dan baik dari segala segi. Ruby, good luck @ Dian @
Buku ini membawa saya lebih menghayati suasana dan jiwa satu-satu watak, lebih daripada kisah cinta itu sendiri. Gaya penulisan Ruby Hazri memberi penekanan pada nilai jati diri, persekitaran yang hidup, cinta tanpa lafaz. Jarang sekali dapat membaca kisah yang berlatarkan negara Jerman (melainkan cerita zaman perang dunia ke dua dulu, itu pun saya lebih suka menonton filem). Tetapi penulis ini membawa saya ke sana, turut merasai angin musim luruh yang mencengkam tulang, membayangkan di ruang fikiran kedudukan bangunan-bangunannya, stesen kereta apinya, jalan rayanya dan kedai-kedainya. Saya kagum dengan ingatan penulis pada tempat-tempat itu. Saya jadi jatuh simpati pada Danial, turut merasai betapa jiwanya memberontak ketika kehilangan ibu, turut merasai betapa saratnya perasaan yang terpendam sewaktu menatap lampu oren itu, merasai betapa rindunya dia pada Atiqah sewaktu mereka berselisih-faham. Atiqah pula ialah satu watak yang sinonim dengan kebanyakan gadis timur. Pemalu, pendiam, serius. Dan tidak sekali-kali membiarkan diri tersua-sua pada lelaki. Saya tidaklah ketawa hu ha hu ha semasa membaca buku ini tetapi senyum tetap ditarik pada Alex yang ‘hidup’. Tidak juga menangis terngongoi-ngongoi tetapi apa yang dirasai satu-satu watak itu turut dikesan di hati. Penulis mengingatkan bahawa indahnya cinta itu dari bahasa hati, lebih daripada ungkapan mulut. Kesannya rupanya lebih mendalam dari cinta yang dilafaz, pada saya.
Tidak tahulah pada pembaca lain, tapi bagi saya Percayalah… adalah seperti ‘dokumentari’ romantis – ada pengetahuan dalam asyik. Sesuatu yang lain dari seorang penulis baru.
Rasa LuPiNE |
| malaysia web design June 26, 2009 02:22 AM PDT teriam kasih tentang cerita ni ke | ||
| malaysia web design June 23, 2009 09:04 PM PDT terima kasih sebab pe | ||
| malaysia seo June 10, 2009 01:33 AM PDT UCAPAN TERIMA KASIH DARI KU | ||
| web design April 28, 2009 02:25 AM PDT aku pun ucap terima kasih | ||
| ruby November 21, 2006 11:28 PM PST terima kasih banyak2 Dian dan LuPiNE kerana telah mengulas PERCAYALAH... di sini. | ||
| Leave a Comment: |