|
Hatiku dipanah rasa, mindaku diusik bayanganmu, dan setitis haruman kasihku mewangi tanpa sedar...
Pengarang : Eita Ashyta Jumlah Halaman : 621 Harga : RM19.00 Penerbit : KAKI NOVEL Saya tertarik untuk mengulas novel ini apabila terpengaruh dengan beberapa blogger yang membuat promosi di blog masing-masing. Saya beranggapan tentu ia cerita menarik dan apa salahnya jika saya sendiri Saya mula membacanya dengan lenggok bahasa yang segar saya kira tiada perkataan jemu yang mengganggu emosi pembacaan saya. Eita Ashyta memulakan cerita ini dengan memperkenalkan Nur Irdina Farhani sebagai watak utama. Penuntut jurusan senibina di Mungkin permulaan ceritanya agak perlahan sedikit namun pembacaan saya diisi dengan mengenali watak-watak yang melingkari kehidupan Hani di bumi Peter Pan itu. Mengenali 'Miss Snooty' yang bermusuhan dengannya namun akhirnya mereka bersahabat baik dan langsung dianggap saudara. Saya mula menyukai Lyn ( Miss Snooty ) Walau ada ketikanya gadis itu terlalu dimenangi kehendaknya. Saya dihidangkan dengan persekitaran bumi eropah itu yang indah ( mungkin penulisnya pernah tinggal di Sekembalinya ke tanahair Hani bertugas di Menhir Architect. Berkerjasama dengan anak pemilik syarikat yang ego dan 'kepala angin' itu sedikit sebanyak menyulitkan kerja Hani. Dia sedaya upaya melakukan yang terbaik namun usahanya itu sentiasa dipandang serong oleh Ezany. Hani yang menawan adakalanya terusik dengan guruan Ezany namun bila Eita Ashyta mencipta kemelut apabila Hani menyedari Lyn juga menyimpan rasa terhadap Hadif. Langsung tidak diduganya jejaka yang selalu disebut-sebut itu adalah bakal tunangannya. Hani keliru dengan perasaan cintanya, keliru andai Hadif tidak bisa mencintainya dan keliru kerana Lyn sahabat yang dianggap saudaranya itu tidak mengetahui pertalian yang bakal wujud di antara dia dan Hadif. Saya turut bimbang mengenangkan Hani. Saya bimbang jika membaca kisah ini akan sama seperti membaca kisah-kisah lain atau menonton cerita melayu di televisyen. Saya sudah jemu pabila seseorang watak itu asyik berkorban untuk orang lain tanpa memberi ruang untuk dirinya sendiri. Padahal dia juga layak untuk menerima rasa bahagia. Syukran! Eita memberi kelainan. Dia bijak berfikir dan bijak mencetus idea lain. Dia menghidupkan watak Hani dengan baik sekali. Hani
Saya dapat mengagak andai Ezany juga mempunyai perasaan terhadap Hani. Telahan pembaca juga, saya andaikan ramai yang dapat menebak perasaan jejaka kacukan itu. Namun dia terlewat mengambil langkah atau dengan lebih tepat namanya tiada di Luh Mahfuz bersama Hani kerana gadis itu tidak pernah bertunas perasaannya terhadap Ezany yang dianggap sebagai teman baiknya itu. Oh, saya sungguh berpuas hati dengan Kasih Seharum Lavender. Tenang dan damai seperti harumnya bunga itu. Manis warnanya seperti manisnya Eita menggunakan ayat-ayat yang comel dan bersahaja. Saya asyik teringat usikan Adelia mengenai " Pak Ngah.. Mak Ngah..Abang ..Hani…Adeh la.." ( m.s 411) dan dia pula sudah pura-pura pengsan tergolek di atas parguet. Lucunya dia. Untuk penulis amatur sepertinya saya berani mengatakan Kasih Seharum Lavender sungguh menawan. Thumbs up Eita. @ Dian @ |
| romatis_utara September 30, 2007 03:21 AM PDT nak cuba memahami..tapi terganggu oleh masa, cuba untk memahami lagi.. ada yang mengganggu tp ungu kulit itu mengetuk minda agar di baca...akan di cuba utk cr sesaat yang sesuai utk menerima dan menilai kefahaman sebuah kasih..keep up the good work-eita | ||
| eita January 9, 2007 06:49 AM PST dian, hati saya terusik baca review KSL di sini... cara awak mengulas sungguh manis... :) saya masih lagi baru dalam bidang penulisan, masih terlalu banyak yang saya perlu belajar. terima kasih kerana memberi peluang pada novel pertama saya... dan terima kasih atas ulasan awak. saya amat menghargainya... | ||
| Leave a Comment: |